CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 28 January 2014

Assalamualaikum,

Kadang-kadang,Allah letak kita dekat tempat yang memang kita tak suka. Terpaksa berpisah dengan kawan yang memang dah macam adik beradik. Saling menasihati,saling memberi kata-kata semangat,dah belajar sama-sama. Memang dah baik sangat. Selalu je kongsi cerita. Kalau tak faham,saling memberi ilmu. Tapi tiba saatnya,terpaksa berpisah. Allah,sedih sangat. Tapi bila kita letak kepercayaan sepenuhnya kepada Allah,kita tak akan merasa kecewa,kerana setiap yang berlaku adalah aturanNya. Tapi,kita sebagai manusia,pasti terasa. Mungkin disitu,Allah ingin mengajar erti ketabahan. Ingat,hidup yang kian sukar,memang mengajar erti ketabahan, dan ketabahan itu sangat manis jika kita laluinya denganNya. Kita tak akan rasa keseorangan kalau kita sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita. Dalam nak capai sesuatu yang baik dan yang mendekatkan diri kepada Allah ni,memang banyak mehnahnya. Teramat banyak. Kadang terdetik dihati "banyaknya ujian Allah untuk aku,dan aku mesti tabah,Allah nak ajar aku erti ketabahan". Baru sikit ujian,dah nak down,ingat perjuangan Rasulullah dulu. Allah. Memang,perjuangan itu penuh dengan mehnah. Ingat satu je,Allah sayang sebab tu Allah uji. Dan lalui ujian ni dengan penuh kesabaran dan minta bantuan Allah. Redha dengan segala ketentuanNya. Tahap redha kita bergantung pada sejauh mana kita tak persoalkan ketentuan Allah. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang palinh besar adalah ketentuanNya,dalam genggamanNya. Sorang kawan ni cakap "sabar dear,Allah letak awak situ adalah yang terbaik untuk awak,ada hikmah disebalinya,ada hikmah" rasa tenang je lepas kawan bagi kata-kata semgat camtu. Sometimes i feel that lost and alone,but God knows exactly where i am,and He has a good plan for my life. He has the best plan for me !
'If you want to change,you have to be willing to be Unfomfortable"


No comments:

Post a Comment